Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Pertumbuhan Eksport Jepun Melonjak Pada Bulan November

Menurut Kementerian Kewangan, nilai dagangan sektor eksport meningkat sebanyak 16.2 peratus dai tahun ke tahun, ekoran daripada paras itu melonjak daripada peningkatan tahun ke tahun dengan sebanyak 14.0 peratus pada bulan Oktober. Hasilnya mencatatkan kepada dua belas kali berturut-turut dalam pertumbuhan.

Dalam jumlah dagangan, sektor eksport Jepun meningkat dengan sebanyak 5.5 peratus pada bulan November dari setahun yang lalu, bulan ke-10 berturut-turut meningkat, didahului oleh penghantaran yang kuat ke China dan Asia, data menunjukkan.

Pengiriman luar ke Asia, yang menyumbang lebih separuh daripada sektor dagangan eksport Jepun, meningkat kepada 20.4 peratus pada tahun ini kepada bulan November kepada ¥ 3.89 trilion, jumlah rekod.

Nilai dagangan eksport ke China, rakan niaga terbesar Jepun, melonjak sebanyak 25.1 peratus tahun ke tahun pada bulan November kepada ¥ 1.38 trilion, merupakan jumlah yang tertinggi dalam rekod, yang diketuai oleh peralatan untuk mengeluarkan Liquid Crystal Display (LCD).

Sektor dagangan bagi eksport ke Amerika Syarikat (AS) meningkat sebanyak 13.0 peratus pada tahun ini hingga bulan November, yang diketuai oleh kereta dan jengkaut, berikutan daripada pendahuluan sebanyak 7.1 peratus pada bulan sebelumnya. Lebihan perdagangan Jepun dengan Amerika Syarikat meningkat sebanyak 13.7 peratus setahun pada bulan November kepada ¥ 660 bilion.

Sektor dagangan import meningkat sebanyak 17.2 peratus pada tahun ini hingga bulan November, berbanding anggaran median untuk peningkatan tahunan sebanyak 18.0 peratus, yang diketuai oleh telefon bimbit dari China dan minyak mentah.

Angka-angka ini menghasilkan lebihan perdagangan sebanyak ¥ 113.4 bilion, yang mencatatkan enam bulan lebihan berturut-turut.

Data ini menyokong tinjauan positif Bank of Japan (BoJ) untuk ekonomi Jepun. Bank pusat mengadakan mesyuarat penetapan dasar selama dua hari yang berakhir pada hari Khamis.

Tiada ulasan