Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Wall Street Mencecah Paras Tinggi Baru Sebagaimana Dow Menghampiri 20,000

Saham AS mencecah ke paras tertinggi baru, dengan purata industri Dow Jones ditutup kurang daripada 100 mata daripada paras 20,000 sebagaimana harga telah melonjak tinggi selepas pilihan raya. Ketiga-tiga indeks utama ditutup dengan rekod puncak.

Dow Jones Industrial Average (DJIA) mencatatkan kenaikkan sebanyak 0.58 peratus kepada 19,911.21 mata. S&P 500 meningkat 0.65 peratus kepada 2,271.72 dan Nasdaq Komposit meningkat 0.95 peratus kepada 5,463.83. Sembilan daripada 11 sektor utama S&P menaik, dengan indeks teknologi 1.23 peratus lebih tinggi. Saham Apple diniagakan tinggi 1.67 peratus dan juga telah mendorong pertumbuhan S&P 500 dan Nasdaq. IBM naik 1.69 peratus dan membantu Dow. Microsoft menambah 1.30 peratus dan Amazon menokok 1.87 peratus.

Para pelabur kini memberi tumpuan kepada mesyuarat dua hari Rizab Persekutuan. Bank pusat dijangka akan menaikkan kadar faedah untuk kali kedua sejak krisis kewangan. Para pelabur kini sedang menunggu kenyataan dan ramalan ekonomi Fed untuk isyarat lain dan bagaimana kemenangan Trump akan memberi kesan kepada prospek pertumbuhan dan inflasi.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Tiada ulasan