Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Dolar Stabil Berikutan Perhatian Pelabur Tertumpu kepada Unjuran Kadar Fed

Dolar diniagakan stabil sebagaimana perhatian para pelabur tertumpu kepada mesyuarat Rizab Persekutuan. Pelabur menunggu isyarat kenaikan kadar faedah yang seterusnya dan bagaimana bank pusat akan berurusan dengan jangkaan peningkatan dalam perbelanjaan fiskal di bawah pimpinan Presiden Donald Trump. Indeks dolar stabil berbanding sekumpulan enam mata wang utama lain menghampiri pada paras harga 101.05.

Fed hampir pasti akan meningkatkan sasaran kadar faedah sebanyak 0.25 mata peratusan kepada 0.50-0.75 peratus, yang akan menjadi kenaikan kadar kedua sejak krisis kewangan pada tahun 2007-08. Euro kekal diniagakan pada paras $ 1.0628. Dolar berbanding yen Jepun diniagakan pada paras 115.20. Jangkaan bahawa Trump akan mengurangkan cukai, meningkatkan perbelanjaan fiskal dan merangsang pertumbuhan AS dalam jangka terdekat ini telah mendorong kepada pengukuhan mata wang dolar. Mata wang-komoditi telah disokong oleh keuntungan yang kukuh dalam harga minyak selepas OPEC dan beberapa rakan-rakan yang akhirnya mencapai perjanjian pertama mereka sejak tahun 2001 untuk mengurangkan pengeluaran bagi menangani lebihan bekalan global.

Dolar Australia diniagakan pada paras $ 0.7494 dan menghampiri paras tinggi Mac pada ¥ 86.66. Dolar Kanada ditutup pada paras harga C $ 1.3135 per dolar AS. Ruble Rusia didorong oleh kenaikan dalam harga minyak, sebagaimana ia diniagakan 5.4 peratus lebih tinggi.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Tiada ulasan