Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Emas Diniagakan Lemah Berikutan Mesyuarat Rizab Persekutuan AS

Emas melanjutkan aliran menurun, sebagaimana Rizab Persekutuan AS telah memulakan mesyuarat dua hari di mana ia berkemungkinan besar akan mengumumkan kenaikkan kadar faedah AS kedua dalam tempoh satu dekad dan juga akan memberikan beberapa pemerhatian mengenai prospek pada tahun 2017. Niaga hadapan emas AS susut 0.6 peratus pada paras harga $ 1,159 per auns.

Pasaran meramalkan 100 peratus kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh FED. Spot emas jatuh 0.6 peratus kepada AS $ 1.155.65 per auns. Para pelabur menunggu isyarat lanjut tentang bagaimana bank pusat AS akan mengendalikan inflasi yang mungkin timbul daripada lanjutan dasar Presiden Donald Trump dan jangkaan pertumbuhan ekonomi. SPDR Gold Trust (GLD) juga menurun, mencerminkan sentimen kurang memberangsangkan pada logam berharga.

Perak diniagakan jatuh 1.3 peratus pada harga $ 16.85 per auns. Platinum menokok 0.3 peratus pada $ 933.80 manakala palladium naik 0.9 peratus pada $ 728.10.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Tiada ulasan