Wall Street Diniagakan Rendah Ditengah-tengah Kebimbangan Trump
Saham-saham AS berakhir lebih rendah, tetapi berjaya mencatatkan keuntungan bulanan, sementara para pelabur menilai dasar dari pentadbiran Trump. Wall Street terjejas ekoran penurunan dalam saham industri dan teknologi, dengan sektor teknologi S&P 500 mencatatkan penurunan terbesar.
Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) susut 0.54 peratus dan ditutup pada 19,864.09, dengan Goldman Sachs merekodkan kerugian ketara sementara Pfizer mengaut keuntungan tertinggi. S&P 500 susut 0.09 peratus pada 2,278.87 berikutan sektor perindustrian mendahului penurunan enam sektor lain sementara utiliti menunjukkan prestasi terbaik. Komposit Nasdaq naik 0.02 peratus pada 5,614.79. Para pelabur harus menilai beberapa laporan suku tahunan daripada syarikat utama. Saham Under Armour menjunam 20 peratus selepas laporan penjualan dan keuntungan syarikat itu gagal melepasi unjuran Wall Street. Siri laporan pendapatan suku tahunan yang tidak memuaskan di seluruh sektor menyumbang kepada kemerosotan sentimen.
Syarikat penyerahan pakej, UPS jatuh 6.2 peratus kepada $109.71 selepas mencatatkan kerugian suku tahun dan ramalan keuntungan tahun penuh yang gagal mencapai bacaan ramalan. Saham perusahaan itu juga memberikan tekanan terbesar pada sektor perindustrian S&P. Sektor penjagaan kesihatan meningkat 0.6 peratus selepas Trump mengeluarkan arahan untuk melonggarkan peraturan-peraturan untuk syarikat ubatan, mengurangkan cukai dan harga ubat-ubatan.

Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈

Tiada ulasan
Catat Ulasan