Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Dolar Diniagakan Susut dari Paras Tinggi Satu Bulan tinggi Susulan Data AS yang Positif

Dagangan bagi mata wang dolar dihentikan sementara selepas ia melonjak ke paras tinggi satu bulan sebagaimana satu siri data ekonomi AS yang psoitif telah meningkatkan jangkaan peningkatan kadar awal oleh Rizab Persekutuan. Indeks dolar mencapai paras 101.76, paras tinggi lalu yang telah direkodkan pada 12 Januari selepas data inflasi Amerika Syarikat dan jualan runcit menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding jangkaan, sebelum harga ditarik semula ke paras 100.94.

Pengerusi Fed, Janet Yellen tidak memberikan gambaran lanjut mengenai tarikh kenaikan kadar bank pusat yang seterusnya. Mengikuti jangka masa terkini data ekonomi, kemungkinan kenaikan kadar Mac adalah 44 peratus daripada hampir 30 peratus sebelum Yellen memberikan kenyataan maklum balas beliau. Kemungkinan untuk kenaikan kadar pada bulan Jun meningkat kepada 80 peratus, menurut data yang dikeluarkan oleh Bloomberg.

Euro menokok lebih tinggi sebanyak 0.2 peratus pada $1.0616, pulih daripada penurunan lima minggu pada $1.052 hari sebelumnya. Dolar AS diniagakan turun naik berhampiran paras tinggi dua minggu berbanding yen, kali terakhir diniagakan pada paras 114.11. Dolar mencapai paras harga 114.95 yen pada hari sebelumnya.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Tiada ulasan