Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Nikkei Jepun Melemah Menjelang Laporan Pekerjaan AS


Purata saham Nikkei susut 0.2% kepada 16, 867.35 selepas merekodkan keuntungan selama empat hari berturut-turut pada Jumaat apabila pelabur mengambil sikap berhati-hati dan menumpukan perhatian kepada laporan pekerjaan AS yang dijadualkan akan dikeluarkan pada har ini, salah satu faktor penting yang berpotensi untuk mempengaruhi keputusan kenaikkan kadar faedah oleh Bank Pusat AS. Laporan ekonomi ini juga boleh menjadi asas kepada hala tuju jangka pendek aset pasaran berisiko.

Walaupun diniagakan dalam aliran menurun, indeks masih terikat untuk meningkat sebanuyak 2.5% pada minggu ini, yang dirangsang oleh penurunan mendadak dalam nilai yen berbanding dolar. Dolar AS diniagakan pada paras harga 103.600 yen pada Jumaat selepas meningkat di atas paras 104 yen pada Khamis.

Sektor runcit di Tokyo, mencatatkan penurunan dalam pendapatan daripada beberapa buah syarikat dalam industri, jatuh sebanyak 1.6%.

Topix susut 0.3% kepada 1, 349.75 manakala Nikkei JPX-Index 400 merosot 0.3% kepada 12, 091.33.

Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Tiada ulasan