Malaysia mengesahkan serpihan yang ditemui di Mauritius adalah milik pesawat MH370
Malaysia hari ini mengumumkan bahawa serpihan bahagian pesawat yang dijumpai di Mauritius adalah milik pesawat malang, Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan telah hilang pada Mac 2014 dengan 239 orang penumpang dan anak kapal.
Sudah dua tahun berlalu sejak pesawat itu hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.
Analisis Biro Keselamatan Australia menunjukkan bahawa serpihan itu adalah selari dengan bahagian belakang sayap pesawat, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu dalam sebuah kenyataan.
Dua keping serpihan pesawat sebelum ini ditemui di kepulauan Perancis, Reunion pada Julai 2015, dan di pulau Pemba, di luar pantai Tanzania.
Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...



Tiada ulasan
Catat Ulasan