Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Emas Jatuh ke Paras Rendah Empat Bulan



Harga emas jatuh ke paras terendah dalam tempoh empat bulan baru berikutan laporan ekonomi AS yang mengukuh telah merangsang peluang Rizab Persekutuan untuk meningkatkan kadar faedah pada bulan-bulan yang akan datang. Emas untuk penghantaran Disember jatuh 1.2 peratus kepada AS$ 1,253 per troy auns pada bahagian Comex New York Mercantile Exchange, yang merupakan penutupan harga paling rendah sejak awal Jun.

Tanda-tanda ekonomi yang lebih sihat dan ulasan pegawai-pegawai Fed yang agresif telah menjejaskan harga emas, menarik harga ke arah bawah hampir lima peratus sejak Jumaat. Dana niaga hadapan Fed telah menunjukkan bahawa pelabur dan peniaga meramalkan 63.9 peratus peluang untuk kenaikan kadar pada Disember. Menurut Commerzbank, kelemahan emas semasa berpotensi untuk merangsang permintaan fizikal sebagaimana terdapat pelbagai jenis sambutan perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, di mana India diramalkan akan mengimport emas dalam kuantiti yang agar besar pada bulan-bulan yang akan datang.

Harga perak turun dua peratus kepada AS$ 17.34 per troy auns untuk kontrak Disember. Platinum Januari susut 1.1 peratus kepada AS$ 966.30 per troy auns. Penghantaran Palladium bagi Disember susut 1.4 peratus kepada AS$ 665.15 per troy.

Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Tiada ulasan