Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Volkswagen tidak merancang untuk menjual jenama


Pengerusi Lembaga Penyeliaan Volkswagen, Hans Dieter Poetsch memberitahu akhbar harian Jerman Boersen-Zeitung bahawa pembuat kereta itu tidak mempunyai rancangan untuk menjual mana-mana jenama atau meningkatkan modal melalui kos skandal pelepasan asap itu.

Dalam sebuah temu bual, Poetsch memaklumkan bahawa kewangan VW adalah kukuh dan mempunyai banyak pilihan untuk pembiayaan.

Pembuat kereta Jerman itu sedang menghadapi tindakan undang-undang sivil dan kemungkinan denda daripada pengawal selia kerajaan di Kesatuan Eropah dan pasaran lain berikutan skandal penipuan pelepasan asap global.

Volkswagen telah diarahkanuntuk membayar sejumlah 17.8 bilion euro (AS$ 19.8 bilion) sebagai denda.

Poetsch menyatakan bahawa beliau tidak menjangkakan kos peruntukan lanjut.

"Perkara-perkara ini kemungkinan dilihat akan memberi kesan dalam peruntukan yang dibuat setakat ini. Dari sudut pandangan hari ini, kewangan syarikat adalah kukuh," katanya kepada Boersen-Zeitung.

Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Tiada ulasan