Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Abe, Trump bersetuju bahawa ketua kewangan perlu menangani isu-isu forex

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata pada Selasa bahawa beliau dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersetuju bahawa pemimpin kewangan negara mereka perlu mengadakan perbincangan untuk mengupas s=isu-isu yang berkaitan dengan mata wang.

Semasa mesyuarat dua hala pada hujung minggu lalu, Abe memberitahu Trump bahawa ia adalah tidak sesuai untuk kedua-dua mereka berbincang secara terbuka mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kadar pertukaran. Tambahnya, ketua perbendaharaan dan menteri kewangan mereka adalah merupakan calon terbaik untuk menangani perkara itu.

Trump mendakwa China dan Jepun memanipulasi mata wang mereka sendiri untuk memberikan keuntungan yang wajar bafi barang-barangeksport mereka. Pegawai-pegawai bank pusat Jepun terkejut mendengar tuduhan ini.

Walau bagaimanapun, Trump tidak mengkritik dasar monetari Jepun atau yen semasa atau selepas perhimpunan tersebut. Jurucakap kanan kerajaan Jepun memberitahu Abe dan Trump tidak menyentuh isu-isu forex.

Tiada ulasan