Emas Jatuh ke Paras Rendah Dua Minggu Didorong oleh Kenaikkan Dolar
Niaga hadapan emas AS jatuh 0.7 peratus kepada AS$ 1,189.80. Pengukuhan nilai dalam mata wang AS menjadikan komoditi-dolar lebih mahal untuk pemegang mata wang lain, berpotensi menghalang permintaan. Jangkaan rangsangan kepada pertumbuhan akhir-akhir ini telah memberi kesan kepada dolar AS. Para pelabur lebih cenderung untuk tidak berdagang emas yang mana ia boleh dilihat dalam pegangan SPDR Gold Trust, turun 0.6 peratus kepada 799,07 tan metrik. Penurunan sentimen juga disebabkan oleh permintaan fizikal yang melemah di India hasil daripada harga yang lebih tinggi, kerana permintaan China kekal melemah menjelang sambutan cuti Tahun Baru Cina, menurut peniaga.
Spot perak jatuh 0.9 peratus kepada $16.79 per auns dan palladium turun satu peratus kepada $722 per auns, selepas menjunam ke paras rendah selama tiga minggu pada $711.15. Sementara platinum diniagakan 0.08 peratus lebih tinggi ke paras $978.50.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈



Tiada ulasan
Catat Ulasan