Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Saham Asia Menurun Ekoran Dolar Mengukuh

Nikkei Jepun mengurangkan sebanyak 0.93 peratus susulan daripada sektor saham kewangan, perkilangan dan tenaga telah didagangkan di zon merah, sementara pasaran saham teknologi didagangkan dalam keadaan bercampur.

Pembuat kereta kebanyakannya adalah lebih rendah, dengan Toyota jatuh sebanyak 0.87 peratus. Mitsubishi Motors meningkat sebanyak 0.36 peratus pada waktu petang, mengatasi rakan niaga mereka. Pergerakkan itu berlaku selepas laporan Nikkie bahawa Mitsubishi Corporation sedang mengkaji meningkatkan sahamnya di Mitsubishi Motors kepada kira-kira 20 peratus melalui tawaran tender. Mitsubishi Corporation, yang turun sebanyak 1.75 peratus, berkata ia masih belum memuktamadkan keputusan.


Di Korea Selatan, Kospi merosot sebanyak 0.83 peratus, dengan kerugian telah dilihat dalam pasaran saham berteknologi tinggi. Samsung Electronics dan SK Hynix masing-masing jatuh sebanyak 1.86 peratus dan 1.05 peratus.

S & P / ASX 200 Australia merosot sebanyak 0.09 peratus ekoran daripada kenaikan sebanyak 1.65 peratus dalam sektor teknologi maklumat telah diatasi dengan penurunan yang diperhatikan dalam sektor lain. Sub-indeks kewangan merosot sebanyak 0.21 peratus dan sub-indeks bahan turun sebanyak 0.57 peratus.

Pasaran dagangan bagi sektor indeks Hang Seng Hong Kong pulih daripada kerugian awal meningkat sebanyak 0.12 peratus susulan daripada pasaran meneruskan dagangan berikutan hujung minggu Tahun Baru Cina yang panjang.

Tiada ulasan