Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Dagangan Wall Street Berubah-rubah Berikutan Niaga Saham Nasdaq Mencapai 7-Hari Peningkatan

Purata dagangan perindustrian Dow Jones turun sebanyak 0.04 peratus pada paras 21,629.72, susulan daripada Home Depot yang menyumbang paling banyak keuntungan manakala IBM mengalami kerugian yang paling banyak. Dagangan saham S & P 500 mengalami penurunan sebanyak 0.01 peratus pada paras 2,459.14, berikutan sektor utiliti membawa kepada keuntungan manakala saham penjagaan kesihatan masih ketinggalan di belakang. Niaga saham Komposit Nasdaq melonjak kepada 0.03 peratus untuk mencatatkan kemenangan bagi tempoh tujuh hari dan ditutup pada paras 6,314.43.

Saham kesihatan pada S & P 500 merosot, sebahagiannya ditarik oleh kelewatan dalam pertimbangan undang-undang penjagaan kesihatan oleh Senat Amerika Syraikat (AS). Sektor penjagaan kesihatan S & P menurun sebanyak 0.3 peratus.

InstaForex

Sektor dagangan utiliti melonjak kepada 0.4 peratus manakala sektor budi bicara pengguna naik sebanyak 0.26 peratus.

Goldman Sachs, Bank of America, Microsoft, Qualcomm dan eBay merupakan antara beberapa syarikat yang dijadualkan untuk mengumumkan keputusan bagi suku tahun ini.

Pengurus aset terbesar di dunia, BlackRock melaporkan mengenai keputusan suku tahunan lebih awal pada hari Isnin, mengalami pengurangan berbanding daripada anggaran penganalisis bagi kedua-dua sektor pendapatan dan keuntungan. Saham BlackRock merosot sebanyak 3.1 peratus kepada paras harga $ 424.63.

Selepas pasaran dagangan ditutup, niaga saham Netflix melonjak sebanyak 8.5 peratus kepada paras harga $ 175.45 selepas melaporkan pertumbuhan bagi pelanggan yang lebih baik daripada jangkaan.

Dagangan saham Procter & Gamble melonjak sebanyak 0.5 peratus kepada paras harga $ 87.55 apabila pelabur Nelson Peltz mendapat kedudukan di papan dagangan saham P & G.

"Buka akaun dan dapatkan bonus $1500 dalam satu minit"
👉Pendaftaran tanpa pengesahan

👉Tiada deposit diperlukan
👉Dikreditkan secara automatik ke akaun anda

forextrg

Tiada ulasan