Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Emas Diniagakan pada Pada Paras Rendah 7 Minggu Selepas Pilihan Raya Perancis

Harga emas diniagakan sedikit lebih tinggi pada Selasa ekoran penurunan dalam saham Asia, walau bagaimanapun, harga masih kekal berada pada paras rendah tujuh minggu yang telah dicapai pada sesi awal selepas kemenangan Emmanuel Macron dalam pilihan raya Perancis mengurangkan permintaan untuk logam 'safe-haven'.

Spot emas meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada AS$ 1,227.08 per auns selepas jatuh ke paras terendah dalam tujuh minggu kepada 1,224.86 pada sesi awal dagangan. Niaga hadapan emas AS diniagakan stabil pada paras $ 1,227.10 per auns.

Pegangan SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar di dunia, jatuh 0.14 peratus kepada 851,89 tan metrik.


Pelombong emas terbesar Afrika, AngloGold Ashanti mencatatkan penurunan sebanyak 16 peratus dalam laporan teras keuntungan suku tahun, terjejas akibat operasi di Afrika Selatan.

Import emas India pada April lebih dua kali ganda daripada 2016 kepada 75 tan berikutan permintaan yang kukuh sempena perayaan yang mencetuskan pembelian dan juga lonjakan saham barangan kemaskesan daripada perlaksanaan cukai jualan nasional yang baru, menurut data sementara dari perunding GFMS.

Bullion Market Association London bakal mengumumkan butiran emas dan perak fizikal pegangan dalam bilik kebal London mulai musim panas tahun ini, ia memberitahu dalam satu kenyataan.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini.👈
forextrg

Tiada ulasan