Dolar Diniagakan Lebih Rendah Berikutan Pengukuhan Sterling
Indeks dolar menghampiri ke paras terendah dalam tiga minggu, ditarik turun oleh pengukuhan sterling berikutan saranan Perdana Menteri Britain, Theresa May untuk mengadakan pilihan raya umum rundingan Brexit lebih awal. Pound melonjak ke paras puncak lebih enam bulan selepas May berkata pilihan raya akan memastikan kepimpinan yang kukuh dan stabil.
Pound kekal diniagakan pada paras $1.2845 selepas melonjak ke paras tinggi $1.2908 pada Selasa, paras tertinggi sejak awal Oktober, apabila pelabur bergegas untuk melindungi kedudukan menjual mereka. Indeks dolar, yang mengekori dolar AS berbanding sekumpulan enam mata wang utama lain, diniagakan sedikit lebih tinggi dengan kenaikkan 0.1 peratus kepada 99.548, meninggalkan paras rendah semalam pada 99.465, paras terendah sejak 28 Mac.
Dolar naik 0.1 peratus kepada 108.57 yen, dan euro diniagakan stabil pada hari ini pada $1.0732. Undian pendapat Perancis mendedahkan bahawa pemimpin sayap kanan Marine Le Pen dan Emmanuel Macron layak ke pusingan kedua pada 7 Mei depan, bagaimanapun, jurang dengan calon konservatif, Francois Fillon dan calon berhaluan kiri, Jean-Luc Melenchon telah mengecil.
Data ekonomi AS yang lemah juga menambah tekanan ke atas hasil Perbendaharaan AS dan menarik turun dolar. Pelabur juga memerhati rapat perbincangan ekonomi di antara AS-Jepun untuk mendapat isyarat seterusnya dalam dasar perdagangan AS di bawah pimpinan Presiden Donald Trump.

Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
Tiada ulasan
Catat Ulasan