Wall Street Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Geopolitik yang Semakin Meningkat
Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) turun 0.24 peratus dan berakhir pada 20,954.34, sebagaimana Travelers mencatatkan kerugian manakala Caterpillar melonjak naik. S&P 500 susut 0.33 peratus pada 2,375.31, kerana saham bahan dan kewangan telah menyebabkan kejatuhan pada sepuluh sektor lain manakala saham tenaga adalah satu-satunya saham yang mencatatkan kenaikkan. Nasdaq susut 0.37 peratus untuk ditutup pada 5,849.17.
Di kalangan saham-saham lain, Snap Inc menjunam 12.3 peratus kepada $23.77 pada hari ketiga perdagangan, ditutup di bawah harga pembukaan debut pada $24. Sekumpulan yang mewakili pelabur institusi yang besar telah menghampiri S&P, Indeks Dow Jones dan MSCI Inc. untuk menghalang Snap dan mana-mana syarikat lain yang menjual saham bukan undian daripada dimasukkan ke dalam penanda aras saham.
Saham Tyson Foods merosot 2.5 peratus kepada $61.99 selepas penyakit selesema burung dilaporkan ditemui dalam kawanan penternak ayam di ladang Tennessee yang telah menjejaskan saham syarikat tersebut.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈



Tiada ulasan
Catat Ulasan