Ads

Belajar Online

Berita Terkini

OPEC Sedia untuk Melanjutkan Perjanjian

Pengeluar OPEC bersiap sedia untuk melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran minyak mentah mereka selepas Jun, tetapi Rusia dan lain-lain bukan pengeluar perlu menyertai pemotongan pengeluaran ini, menurut sumber yang rapat dengan perkara tersebut.

OPEC dan pengeluar bukan OPEC telah memeterai perjanjian pada tahun lepas untuk mengurangkan kadar pengeluaran sebanyak kira-kira 1.2 juta tong sehari selama setengah tahun, bermula 1 Januari. Sejak itu, harga minyak mentah telah meningkat. Walau bagaimanapun, pulangan yang lebih besar dan peningkatan inventori di negara-negara perindustrian telah mendorong AS untuk meningkatkan aktiviti penggalian minyak.


Wakil OPEC berkata lanjutan tempoh perjanjian ini diperlukan untuk mendapatkan keseimbangan dalam pasaran minyak, tetapi perlu dilakukan dengan bukan pengeluar lain.

Sumber rapat dengan kartel minyak berkata pada Februari bahawa ia boleh melanjutkan perjanjian itu, atau meningkatkan jumlah pemotongan mulai Julai, apabila inventori gagal untuk mencapai tahap yang disasarkan.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Tiada ulasan