Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Dolar Melemah Susulan Pengumuman Fed

Dolar mencatatkan penurunan yang ketara sebagaimana harga menghampiri paras terendah lima minggu berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain. Mata wang Amerika itu diniagakan dalam aliran menurun mingguan selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menyatakan isyarat kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur sekaligus mengecewakan jangkaan pelabur.

Bank Pusat AS tidak mengubah ramalan asal untuk dua lagi kenaikan kadar pada tahun 2017. Pengumuman itu telah mengecewakan kenaikkan dolar yang menjangkakan petunjuk mengenai kenaikan keempat yang berpotensi pada tahun ini. Dolar diniagakan tidak banyak berubah berbanding mata wang Jepun pada ¥ 113.35, 1.3 peratus lebih rendah untuk minggu hadapan menjelang cuti umum Tokyo pada Isnin.


Euro naik 0.1 peratus kepada $1.0770, 0.9 peratus lebih tinggi bagi keseluruhan minggu sebagaimana pimpinan sayap kanan Belanda, Perdana Menteri Mark Rutte mengelak cabaran pilihan raya dari ahli politik anti-Islam, Geert Wilders. Kebimbangan mengenai keputusan pilihan raya Belanda telah menjejaskan dagangan mata wang tunggal itu.

Sterling jatuh 0.1 peratus kepada $1.2349 selepas mencecah paras tinggi dua minggu pada $1,2373 semalam, berikutan keputusan Bank of England yang mengekalkan kadar faedah tidak berubah. Indeks dolar susut 0.1 peratus kepada 100.25, menjunam ke paras terendah sejak 9 Februari.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Tiada ulasan