Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Dolar Melemah Selepas Pengumuman dari Fed

Dolar mencatatkan penurunan terbesar terhadap mata wang utama selepas Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah, seperti yang diramalkan sebelum ini, namun ia menunjukkan peningkatan secara berperingkat dimana ia lebih mengukuhkan kewangan pada tahun 2017. Mata wang AS menurun ke tahap rendah dalam tempoh lima minggu terhadap euro, berada di tahap rendah dalam tempoh empat minggu terhadap franc Switzerland dan berada di tahap rendah dalam tempoh dua minggu terhadap yen dan sterling.


Fed menaikkan kadar faedah semalam sebanyak 25 mata asas antara 0.75 peratus kepada 1.00 peratus. Indek dolar susut ke paras terendah dalam tempoh dua minggu dan kekal pada 100.780, sebanyak 0.9 peratus. Euro meningkat dalam tempoh lima minggu terhadap dolar dan ditutup pada $ 1.0696, lebih tinggi sebanyak 0.9 peratus.

Dolar terhadap yen Jepun susut ke paras terendah dalam tempoh dua minggu dan pertukaran terakhir pada ¥ 113.43, lebih rendah daripada satu peratus pada hari tersebut. Dolar AS menrun ke tahap paling lemah dalam tempoh empat minggu terhadap franc Swiss dan berada di tahap terendah dalam tempoh dua minggu terhadap sterling.

Kontrak niaga hadapan FED telah menggambarkan hampir 50 peratus daripada kenaikan kadar lain pada bulan Jun dan hampir 60 peratus peluang pada mesyuarat bulan Julai, menurut FedWatch dari CME.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini👈
forextrg

Tiada ulasan