Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Nokia Keluarkan Kembali Model 3310 Selepas 17 Tahun

Selepas tujuh belas tahun ia mula diperkenalkan di pasaran, telefon bimbit Nokia 3310 membuat kemunculan semula pada MAC 2017.

Model 3310 dengan versi warna terang telefon klasik dan ikonik akan dijual di bawah HMD global, yang turut mempamerkan telefon Nokia berjenama lain, dengan empat model pada harga sederhana antara 139 euro hingga 299 euro.

Model baru yang mempunyai skrin yang lebih besar akan dijual hanya pada harga 49 euro. Dengan 22 jam masa bercakap dan mampu bertahan sehingga sebulan berpotensi menjadikan ia sandaran untuk pengguna telefon pintar.

Nokia pernah dikenali sebagai pembuat telefon dominan di dunia, namun pada tahun 2017, ia telah menjual operasi telefon bimbit kepada Microsof sebanyak 7 bilion, meninggalkannya dengan perniagaan peralatan rangkaian dan portfolio paten yang besar. Ketua Pegawai Eksekutif Nokia, Rajeev Suri berkata cinta untuk jenama adalah besar. Ia mendapatkan kasih sayang daripada berjuta-juta pengguna sebelum ia dihapuskan. Model asal ini telah terjual sebanyak 126 juta unit.

Penganalisis industri berkata tindakan Nokia menghidupkan semula 3310 mempunyai potensi untuk menjadi salah satu daripada peranti hit tahun ini.

Walaupun penganalisis berkata pelancaran semula itu merupakan strategi vintage untuk jenama, namun ia berpotensi untuk mengeruhkan kemasukan semula syarikat Finland ke dalam pasaran telefon pintar global.

Tiada ulasan