Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Volkswagen diarahkan untuk membayar denda $4.3 bilion

Volkswagen AG diperintahkan untuk membayar denda sebanyak $4.3 bilion, manakala enam bekas eksekutif didakwa kerana bersubahat dalam merancang plot selama sedekad dalam skandal pelepasan 2015.

Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Loretta Lynch berkata pada Rabu bahawa VW mengaku bersalah untuk mengelirukan AS, melanggar peraturan pencemaran Amerika, dan melakukan penipuan wayar. Ia juga mengaku bersalah mengimport produk melalui kenyataan palsu.

Pembuat kenderaan itu diminta untuk membayar penalti sebanyak $1.5 bilion untuk penyelesaian sivil dan A$2.8 bilion penalti jenayah. Ia juga akan tertakluk kepada monitor bebas untuk mengawasi etika dan pelan pematuhan dan tempoh percubaan selama tiga tahun.

Lynch berkata, individu tertuduh memegang jawatan penting di VW, seperti mengawal selia unit pembangunan enjin pengeluar kereta dan ahli lembaga pengurusan.

Tiada ulasan