Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Trump meluluskan projek saluran paip Dakota Access, Keystone XL

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini dalam kesulitan setelah beliau dikritik oleh penyokong perubahan iklim dan orang asli Amerika yang mengecam kenyataan beliau pada Selasa untuk menandatangani perintah eksekutif yang meluluskan projek saluran paip Keystone XL dan Dakota Access.

Sebelum ini, pentadbiran Barack Obama telah menghentikan projek saluran paip ini, keputusan itu dibuat disebabkan faktor alam sekitar. Walau bagaimanapun, Trump, yang berikrar untuk meningkatkan infrastruktur tenaga dan menghasilkan peluang pekerjaan, mencabar sains di sebalik perubahan iklim.

Setiausaha Akhbar White House, Sean Spicer membertiahu perintah ini masih mengutamakan alam sekitar dan akan menjana banyak peluang pekerjaan, sambil menambah Amerika Syarikat telah menjalani transformasi tenaga.

Selepas menandatangani perintah eksekutif, Trump menegaskan mereka akan mengadakan rundingan semula untuk peruntukan tertentu dan berusaha untuk memikirkan jalan jika ia adalah mungkin untuk mula membina saluran paip.

Kanada mengalu-alukan tindakan Presiden baru AS, Trump, dimana Perdana Menteri Justin Trudeau berkata beliau dan Trump telah mencapai perjanjian berhubung rancangan saluran paip dan beliau menyatakan sokongan penuh terhadap projek ini.

Tiada ulasan