Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Harga Minyak Meningkat Berikutan Pasaran Memberi Tumpuan kepada Rancangan Pemotongan Pengeluaran

Harga minyak melonjak naik semasa waktu dagangan pertama tahun ini disebabkan oleh sentimen yang semakin meningkat bahawa perjanjian di antara pengeluar OPEC dan bukan OPEC akan mengurangkan jumlah pengeluaran, bermula pada Ahad, akan dapat mengekang masalah lebihan bekalan global yang berterusan.

1 Januari adalah permulaan rasmi perjanjian yang telah dimetrai oleh pengeluar OPEC dan negara pengeluar bukan OPEC, termasuk Rusia pada November 2016 untuk jumlah pengeluaran global yang lebih rendah sebanyak hampir 1.8 tong sehari.

Harga minyak mentah Brent Antarabangsa diniagakan naik 31 sen atau 0.55 sen pada harga $ 57.13 setong, menghampiri harga puncak 2016 pada paras $ 57.89 setong yang telah dicapai pada 12 Disember. Sementara itu, penanda aras harga minyak mentah WTI AS juga menokok sebanyak 32 sen atau 0.6% dan diniagakan pada harga $ 54.04, berhampiran dengan paras tinggi tahun lepas pada $ 54.51 yang juga telah dicapai pada 12 Disember

Para peniaga berkata pasaran akan terus memantau perkembangan sebagaimana Januari akan menjadi petunjuk utama sama ada perjanjian ini berjaya dilaksanakan. Peserta pasaran menjangkakan bukti bahawa mereka yang komited untuk perjanjian itu akan memenuhi janji mereka dalam mengurangkan jumlah pengeluaran.

Minggu lalu, negara anggota OPEC Oman menasihatkan pelanggannya bahawa ia akan mengurangkan jumlah peruntukan minyak mentah sebanyak 5% pada Mac.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Tiada ulasan