Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Wall Street Diniagakan Sedikit Rendah Ekoran Keputusan Pelabur untuk Berehat

Saham AS diniagakan sedikit lebih rendah berikutan Dow Jones Industrial Average (DJIA) jatuh di bawah paras 20000. Saham Tenaga diniagakan sedikit lebih kuat manakala penjagaan kesihatan merosot, berikutan Dow dan Nasdaq mencecah rekod puncak.

Dow Jones Industrial Average (DJIA) jatuh 0.2 peratus kepada 19,941.96. S&P 500 susut 0.2 peratus kepada 2265.18 manakala Nasdaq Komposit kehilangan 0.2 peratus kepada 5471.43. Kerugian dalam syarikat penjagaan kesihatan mendesak Dow. Pfizer susut 1.4 peratus dan Merck & Co. jatuh 1.8 peratus. Saham syarikat penjagaan kesihatan dalam S&P 500 susut 0.6 peratus manakala sektor tenaga menokok 0.39 peratus. Accenture merosot lima peratus dan mencatatkan penurunan terbesar dalam S&P 500.

Harga bon kerajaan AS diniagakan lebih tinggi. Purata hasil Nota perbendaharaan 10 tahun AS turun kepada 2.544 peratus daripada 2.566 peratus.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Tiada ulasan