Saham Nintendo jatuh menjunam
Nintendo susut sebanyak 7.1% dalam dagangan Tokyo, melanjutkan sesi kelima penurunan ekoran pelancaran permainan mudah alih Super Mario Run menerima ulasan yang kurang memberansangkan.
Setakat ini, saham mencatatkan penurunan lebih daripada 11% sejak perlancaran aplikasi permainan maya kesan daripada sambutan yang gagal memenuhi jangkaan pelabur. Sementara itu, rakan kongsi pembangun permainan DeNA Co., jatuh 14% dalam tempoh yang sama.
Permainan ini sepatutnya menjadi titik perubahan untuk Nintendo, mencipta sejarah dalam dunia permainan mudah alih. Walau bagaimanapun, gelaran itu kini hanya boleh didapati untuk Apple Inc. Ia menerima hampir 50, 000 ulasan di App Store AS dengan Kedudukan median dua setengah bintang daripada lima, menandakan penarafan rendah untuk aplikasi yang kini berada di bahagian teratas kedudukan muat turun aplikasi.
Kos permainan juga telah dipersoalkan. Bagi tiga peringkat pertama, permainan ini adalah percuma untuk bermain. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan versi penuh, pelanggan perlu membayar AS$ 10, harga yang lebih tinggi berbanding pesaing lain.

Tiada ulasan
Catat Ulasan