Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Minyak Melonjak Tinggi Berikutan Keputusan OPEC yang Bersetuju untuk Mengurangkan Jumlah Pengeluaran

Ahli OPEC berjaya mencapai perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran minyak, menyebabkan harga minyak mentah melonjak lebih tinggi daripada 8% selepas beberapa bulan bergelut dengan penurunan berikutan ketidaktentuan pasaran mengenai keupayaan kumpulan untuk mencapai persetujuan.

Perjanjian itu telah dicapai apabila Arab Saudi dan Iran, yang sebelum ini gagal mencapai kata muktamad berhubung isu lebihan minyak yang berterusan dalam pasaran, telah mencapai kompromi. Iran telah dibenarkan untuk menaikkan pengeluaran, manakala Arab Saudi mengakui mengambil bahagian besar daripada pemotongan tersebut.

Pengeluar minyak kartel mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari daripada paras semasa 33.6 juta tong sehari mulai Januari 2017. Russia juga komited untuk mengurangkan pengeluaran kepada hanya 300,000 tong sehari, separuh daripada jumlah 600,000 tong sehari pengeluaran daripada negara bukan pertubuhan itu.

Pemotongan ini adalah lebih besar daripada yang dijangkakan dan hampir 1% daripada jumlah pengeluaran global. Harga minyak melonjak dan saham syarikat-syarikat minyak melonjak lebih daripada 10% selepas perjanjian itu disahkan.

Minyak mentah AS meningkat sebanyak AS$ 4.21 atau 9.3% dan diniagakan pada paras AS$ 49.44 setong. Sementara itu, penanda aras global bagi minyak mentah Brent meningkat AS$ 4.09 atau 8.8% dan menetap pada paras AS$ 50.47.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Tiada ulasan