Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Dolar Mencecah Paras Tinggi 14 Tahun selepas Pengumuman Kadar Feaedah yang Lebih Tinggi oleh Fed

Dolar diniagakan lebih tinggi selepas pilihan raya AS dan juga dipercepatkan oleh pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan, yang akan menentukan ekonomi di seluruh dunia pada beberapa bulan yang akan datang. Indeks Dolar WSJ mencecah paras tinggi 14 tahun.

Euro stabil pada paras $ 1.0427 dan dolar kekal pada paras 118.250 yen. Kebangkitan dolar pada tahun 2016 telah menyebabkan mata wang dari Jepun, India, Turki, Brazil jatuh juga meyebabkan syarikat-syarikat, kerajaan dan pengguna di negara-negara ini berada dalam kebimbangan. Pasaran mata wang baru muncul juga menerima impak daripada keputusan terbaru Fed. China telah menetapkan titik tengah yuan pada paras paling lemah sejak 2008. Pengukuhan pada mata wang dolar telah menimbulkan kuasa membeli di kalangan pengguna AS yang membuat lawatan ke luar negara dan produk import lebih murah.

Real Brazil susut sebanyak dua peratus dalam sekelip mata sebagaimana won Korea Selatan dan Rupiah Indonesia menyaksikan kerugian paling teruk sejak kemenangan Trump.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Tiada ulasan