Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Dolar Diniagakan Susut Menjelang Mesyuarat Fed

Mata wang dolar AS diniagakan lebih rendah ekoran kemerosotan yang direkodkan dalam hasil bon Perbendaharaan sementara pelabur memberi tumpuan kepada mesyuarat Rizab Persekutuan yang dijadualkan akan berlangsung pada minggu hadapan. Bank pusat AS diramalkan akan menaikkan kadar faedah walau bagaimanapun mengambil pendekatan berhati-hati ke atas ekonomi.

Dolar mencatatkan penurunan sebanyak 0.26 peratus ke paras 100.23 berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain. Dagangan Niaga Hadpaan Perbendaharaan meramalkan 95 peratus kemungkinan kenaikan kadar faedah pada minggu hadapan, menurut Tool FedWatch CME Group. Para pelabur juga memberi tumpuan kepada mesyuarat Bank Pusat Eropah untuk isyarat berdaya maju mengenai masa pembelian bon bank pusat di bawah program pelonggaran kuantitatif. Para peniaga terutamanya memberi tumpuan terhadap mata wang euro minggu ini berikutan perletakkan jawatan Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi selepas gagal dalam referendum pembaharuan perlembagaan.

Euro meningkat sebanyak 0.37 peratus pada paras $ 1.0756 berbanding dolar, selepas mencecah paras tinggi tiga minggu pada harga $ 1,0796 pada Isnin. Dolar Kanada meningkat sebanyak 0.3 peratus selepas Bank of Canada mencatatkan jumlah penurunan "ketara" dalam ekonomi Kanada, sebagaimana ia mengekalkan kadar faedah yang stabil.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Tiada ulasan