Mark Carney Memberi Amaran Berhubung Masalah Berpunca dari Globalisasi
Gabenor Bank England, Mark Carney mengingatkan bahawa globalisasi telah mencetuskan beberapa ketegangan, mengeluarkan amaran bahawa kebencian rakyat terhadap pasaran bebas dan terbuka akan meningkat melainkan jika tindakan diambil untuk menolong individu yang merasakan mereka ditinggalkan oleh krisis kewangan.
Bercakap di Liverpool, ketua bank pusat itu berkata globalisasi sering dikaitkan dengan bayaran gaji yang rendah, pekerjaan yang tidak stabil, syarikat yang tidak diiktiraf dan ketidaksamaan yang ketara. Beliau berkata di kebanyakan negara maju, ketidaksamaan kekayaan adalah 'mengejutkan'.
Carney berkata, kerajaan dan pegawai-pegawai bank pusat perlu mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa rakyat tidak membelakangkan sistem pasaran terbuka semasa.
Beliau menekankan keperluan untuk pengagihan kekayaan yang betul dan meletakkan tumpuan pada perletakkan individu kembali dalam kawalan. Dalam ucapannya, beliau juga megulangi teguran Perdana Menteri UK, Theresa May bahawa syarikat-syarikat "tidak diiktiraf" yang membayar cukai dalam jumlah kecil dan tidak berbakti kepada masyarakat tempatan, menekankan pentingnya memenuhi tanggungjawab korporat merentasi sempadan.

Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
Tiada ulasan
Catat Ulasan