Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Kenaikkan Emas Didorong oleh Penurunan Dolar

Harga emas diniagakan naik lebih daripada satu peratus, meningkat naik daripada paras terendah sejak Februari berikutan kejatuhan dolar dan hasil Bon Perbendaharaan AS tarikh lama yang susut dari paras tertinggi baru-baru ini. Spot emas meningkat sebanyak 0.6 peratus kepada AS$ 1,189.60 per auns.

Niaga hadapan emas AS mencatatkan peningkatan sebanyak 0.9 peratus kepada AS$ 1,188.90 per auns. Niaga hadapan emas mencatatkan keuntungan terbesar bagi tempoh hampir empat minggu apabila pelabur bertaruh bahawa 'selloff' baru-baru ini adalah berlebihan. Palladium mencecah paras tinggi 17 bulan. Penghantaran emas bagi bulan Februari meningkat sebanyak 1.1 peratus kepada AS$ 1,193.8 per auns di Comex New York. Ini menandakan keuntungan terbesar untuk kontrak paling aktif sejak 2 November. Emas premium di China meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga tahun pada minggu sebelumnya berikutan kebimbangan bekalan.

Perak juga mencatatkan kenaikkan sebanyak 0.9 peratus kepada AS$ 16.64 per auns. Palladium naik 1.8 peratus kepada AS$ 754.70 manakala platinum menokok 1.4 peratus pada AS$ 917.50.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Tiada ulasan