Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Emas Mencecah Paras Rendah 9 ½ Bulan Berikutan Pengukuhan Dolar

Emas susut satu peratus mencecah ke paras terendah dalam tempoh 9 ½ bulan, dengan dolar meneruskan peningkatannya berbanding yen. Spot emas jatuh 0.1 peratus kepada AS$ 1,182.28 per auns.

Niaga hadapan emas AS susut 0.6 peratus kepada AS$ 1,181.8 per auns. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.1 peratus pada 101.790. Bullion merosot lebih daripada lapan peratus setakat ini pada bulan November dan susut lebih daripada AS$ 160 per auns daripada paras tiggi pada pilihan raya AS. Import emas tulen pengguna China melalui saluran utama Hong Kong meningkat sebanyak 15.8 peratus pada Oktober ke paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan, data mendedahkan.

Perak juga mencatatkan penurunan sebanyak 0.12 peratus kepada AS$16.63 per auns. Platinum susut 1.1 peratus kepada AS$903.49 manakala palladium jatuh 0.66 peratus kepada AS$724.22.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook Percuma disini👈
forextrg

Tiada ulasan