Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Emas Melonjak Naik ke Paras Tinggi Empat Minggu Berikutan Kejatuhan Dolar

Emas Melonjak Naik ke Paras Tinggi Empat Minggu Berikutan Kejatuhan Dolar
Harga emas diniagakan tinggi ke paras tertinggi dalam tempoh empat minggu, disokong oleh kejatuhan dolar AS dan ketidaktentuan mengenai pilihan raya presiden AS. Penghantaran emas untuk Disember meningkat sebanyak 1.2 peratus pada paras harga AS$ 1,288.00 per troy auns di Comex New York Mercantile Exchange

 Peningkatan kebimbangan mengenai kesan ekonomi pilihan raya AS telah mendotong kepada peningkatan harga emas, menurut penganalisis. Para pelabur juga dilihat sedang menunggu mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS untuk mendapatkan isyarat lanjut mengenai kenaikan kadar faedah tahun ini. Peniaga meramalkan 73.6 peratus kemungkinan kenaikan kadar faedah pada akhir tahun ini, menurut FedWatch Tool CME Group.

Perak, platinum dan palladium masing-masing merekodkan kenaikkan. Tolok 16 pengeluar kanan emas global meningkat hampir 3.4 peratus, yang diketuai oleh Gold Fields Bhd dan Harmony Gold Mining Co.
Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut…

forextrg

Tiada ulasan