Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Emas Diniagakan Tinggi Dari Paras Rendah 9 ½ Bulan Berikutan Kemerosotan Dolar

Emas diniagakan lebih tinggi selepas jatuh ke paras rendah 9 ½ bulan semasa sesi dagangan sebelumnya, ekoran kemerosotan dolar AS selepas mencecah paras tinggi 14 tahun pada minggu lalu. Spot emas meningkat sebanyak 0.55 peratus pada AS$ 1,189.43 per auns.

Niaga hadapan emas AS mencatatkan kenaikkan sebanyak 0.9 peratus kepada AS$ 1,189.0 per auns. Harga minyak jatuh ekoran kebimbangan bahawa negara-negara pengeluar mungkin gagal mencapai perjanjian muktamad untuk pemotongan pengeluaran, memberikan tekanan ke atas niaga hadapan saham AS dan saham Asia. Emas premium di China meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga tahun pada minggu 25 Nov berikutan ketidaktentuan mengenai kekurangan bekalan peniaga telah memaksa Beijing untuk menyekat lesen import.

SPDR Gold Trust berkata pegangannya susut 0.73 peratus kepada 885.04 tan pada Jumaat.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook Percuma disini👈
forextrg

Tiada ulasan