Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Saham AS Melonjak Tinggi Berikutan Peningkatan Harga Minyak



Saham AS melonjak tinggi berikutan kenaikan harga minyak yang merangsang saham syarikat tenaga. Presiden Rusia, Vladimir Putin juga menyokong usaha-usaha antarabangsa untuk menghadkan pengeluaran minyak kerana kedua-dua penganalisis dan pelabur mendakwa bahawa harga minyak mentah berkemungkinan akan menjadi tidak menentu.

The Dow Jones Industrial Average meningkat 0.5 peratus kepada 18329.04. S&P 500 meningkat 0.5 peratus kepada 2163.66 manakala Nasdaq Composite menokok 0.7 peratus kepada 5328.67. Saham syarikat tenaga dalam S&P 500 meningkat 1.5 peratus berikutan harga minyak mentah AS meningkat 3.1 peratus kepada AS$ 51.35 setong. Exxon Mobil naik dua peratus kepada AS$ 88.44 dan Chevron menokok 1.7 peratus kepada 103.98. Saham Mylan melonjak 8.2 peratus kepada 38.87. Indeks Bioteknologi Nasdaq meningkat sebanyak 1.4 peratus.

Menurut Naib Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Stanley Fischer, laporan pekerjaan baru-baru ini adalah "kukuh, menunjukkan peningkatan yang berterusan" sebagaimana pilihan untuk mengekalkan kadar faedah yang stabil pada bulan September adalah "close call" (situasi berbahaya, tetapi berjaya mengelaknya ).
Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Tiada ulasan