Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Saham Apple Mencecah Rekod Tinggi bagi Tahun 2016 Berikutan Krisis Samsung



Saham Apple mencecah ke paras tertinggi bagi tahun 2016, sebaik sahaja Samsung mengumumkan keputusan untuk tidak lagi meneruskan penjualan dan pengeluaran telefon pintar Galaxy Notr 7 secara kekal.

Saham Apple meningkat lebih daripada 1% dan didagangkan di atas paras harga AS$ 117 semasa sesi dagangan pertengahan pagi pada Selasa, manakala Samsung menjunam lebih daripada 8%. Saham Apple ditutup tinggi sedikit pada harga AS$ 116.35.

Samsung memberitahu bahawa ia telah membatalkan pengeluaran Note 7 apabila sejumlah peranti di seluruh dunia dilaporan meletup dan terbakar, termasuk unit gantian. Syarikat telekomunikasi utama Amerika Syarikat, seperti AT & T dan Verizon, juga telah membenarkan para pelanggannya untuk menukar Galaxy Note 7s kepada alat peranti lain, seperti Apple iPhone 7.

Pelabur membuat spekulasi bahawa isu-isu berhubung Samsung berpotensi untuk meningkatkan jualan telefon perdana Apple. Saham Apple telah meningkat sebanyak 20% dalam tempoh tiga bulan yang lalu.

Tiada ulasan