Keuntungan, Hasil Pendapatan Visa Mengatasi Ramalan Wall Street
Visa Inc. mencatatkan keuntungan suku keempat dan pendapatan yang mendahului jangkaan, sebagaimana ia mencatatkan kenaikkan sebanyak 28%, didorong oleh peningkatan dalam jumlah pembayaran dan pengambilalihan semasa Visa Eropah.
Pengendali rangkaian pembayaran melaporkan jumlah bayaran meningkat sebanyak 47.1% kepada AS$ 1.86 trilion pada suku keempat berbanding tahun sebelumnya. Pendapatan syarikat itu dilaporkan berjumlah AS$ 1.93 bilion atau 78 sen sesaham, meningkat daripada AS$ 1.51 bilion atau 62 sen sesaham pada rekod pendapatan tahun sebelumnya. Hasil operasi meningkat sebanyak 19.3% kepada AS$ 4.26 bilion.
Penganalisis meramalkan pendapatan sebanyak 73 sen sesaham dan pendapatan operasi sebanyak AS$ 4.23 bilion. Pendapatan sesaham pula dijangka meningkat 16.9% manakala pendapatan dilihat meningkat 19.6%.
Ketua eksekutif, Charles Scharf berkata keputusan suku tahunan yang kukuh mencerminkan faedah pengambilalihan syarikat Visa Eropah itu. Visa telah membeli firma sekutunya dalam perjanjian awal yang bernilai AS$ 23.4 bilion pada Jun.

Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut…

Tiada ulasan
Catat Ulasan