Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Indeks Saham Nikkei Meningkat Ekoran Pengukuhan Harga Minyak, Kemerosotan Yen



Purata saham Nikkei Jepun meningkat 1.0% kepada 17, 020 pada pertengahan dagangan pagi, kenaikan ini didorong oleh saham perlombongan yang dirangsang oleh lonjakan harga minyak pada hari sebelumnya dan kemerosotan yen yang dipengaruhi oleh selera risiko. Topix naik 0.8% kepada 1, 360.73 sementara Indeks JPX 400 menokok 0.7% kepada 12, 183.31.

Para pelabur kini kembali berdagang selepas hujung minggu yang panjang untuk mencari peristiwa luar negara, seperti laporan pekerjaan AS dan debat presiden AS kedua, yang mempunyai kesan positif ke atas saham-saham Jepun manakala pasaran Jepun ditutup pada hari Isnin sempena cuti umum.

Saham perlombongan menarik pembeli sebagaimana harga minyak melonjak pada Isnin selepas Rusia menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan OPEC untuk membendung krisis lebihan bekalan minyak mentah. Inpex Corp. dan Japan Petroleum Exploration co. masing-masing meningkat sebanyak 5.4% dan 6.8%. Walau bagaimanapun, saham syarikat penerbangan, kos bahan api adalah relatif kepada harga minyak, kurang memberansangkan semasa sesi dagangan. Ana Holdings Inc. merekodkan penurunan sebanyak 0.1% manakala Japan Airlines susut 1.4% peratus.

Saham Takata jatuh lebih daripada 10% selepas pengumuman laporan bahawa pengeluar beg udara itu telah mempertimbangkan untuk memfailkan muflis di Amerika Syarikat (AS) bagi memberi laluan kepada pelabur luar.
Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Tiada ulasan