Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Eksport Jerman merekodkan kenaikan terbesar untuk tempoh lebih daripada 6 tahun



Eksport Jerman bangkit semula pada Ogos, mengatasi ramalan sebagaimana ia mencatatkan peningkatan terbesar untuk tempoh lebih daripada enam tahun dan menolak kebimbangan bahawa pertumbuhan ekonomi Jerman itu tidak berkembang.

Ekonomi terbesar di Eropah itu mencatatkan peningkatan sebanyak 5.4 peratus dalam eksport, iaitu bacaan tertinggi sejak Mei 2010, data daripada Pejabat Statistik Persekutuan mendedahkan. Import juga melonjak sebanyak 3.0 peratus.

Dalam sebuah tinjauan yang dijalankan oleh Reuters menunjukkan bahawa eksport dan import akan meningkat sebanyak 2.2 peratus dan 0.7 peratus, masing-masing.

Lonjakan dalam eksport telah mendorong kepada lebihan dagangan pelarasan bermusim kepada 22.2 bilion euro (AS$ 24.87 bilion) daripada 19.4 bilion euro pada bulan Julai. Bacaan Ogos adalah di atas ramalan konsensus Reuters 20.0 bilion euro.

Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Tiada ulasan