Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Dolar Mencecah Paras Tinggi 7 Bulan Susulan Data AS yang Mengukuh

 Dolar meningkat ke paras tinggi tujuh bulan berbanding sekumpulan mata wang lain, mengekalkan momentum daripada data positif AS yang menyokong ramalan untuk kenaikkan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada Disember hadapan. Indeks dolar AS meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 98.112.


Mata wang AS diniagakan stabil pada paras 104.110 berbanding yen Jepun. Euro jatuh menghampiri ke paras rendah tiga bulan pada harga AS$ 1.0965. Dolar AS sebelum ini disokong oleh pengukuhan dalam jualan runcit AS dan bacaan harga pengeluar untuk bulan September. Kenaikkan purata hasil Perbendaharaan AS selepas komen daripada pengerusi Fed, Janet Yellen juga telah mendoorng kepada kenaikkan dolar. 

Pound menurun sebanyak 0.2 peratus kepada AS$ 1,2169. Dolar Australia susut berbanding dolar AS sebanyak 0.3 peratus pada AS$ 0,7596.
Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...

Tiada ulasan