Kenaikkan Saham AS Didorong oleh Pengukuhan Harga Minyak
Saham AS diniagakan tinggi sementara harga minyak mengukuh. Peningkatan dalam harga minyak dan tenaga telah mendorong S&P 500 ke zon positif untuk bulan September.
Dow Jones Industrial Average meningkat sebanyak 0.6 peratus kepada 18339.24. S&P 500 menokok sebanyak 0.5 peratus kepada 2171.37 manakala Nasdaq Composite melonjak sebanyak 0.2 peratus kepada 5318.55. Minyak mentah AS diniagakan naik 5.3 peratus kepada $ 47.05 setong selepas sebuah laporan memberitahu bahawa Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum telah mencapai kesepakatan dalam mengurangkan pengeluaran minyak mentah untuk menaikkan harga petroleum. Syarikat tenaga S & P 500 melonjak 4.3 peratus sekaligus menjadikan ia sebagai sektor yang paling tinggi mencatatkan kenaikkan dalam indeks. Saham Exxon Mobil naik sebanyak 4.4 peratus kepada $ 86.90 manakala Chevron meningkat 3.2 peratus kepada 102.15. Saham bioteknologi diniagakan rendah dan dihadkan ekoran kenaikkan pada Nasdaq Composite. Indeks bioteknologi Nasdaq susut sebanyak 0.9 peratus. Nike jatuh 3.8 peratus dan merekodkan penurunan terbesar dalam perindustrian Dow.
Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut...
Tiada ulasan
Catat Ulasan