Dapatkan Update Langsung Ke Email Anda!

Kami janji tidak akan melakukan spam.

TAMATKAN KEKECEWAAN AKIBAT EJAKULASI AWAL

PENAFIAN, MALU,RASA BERSALAH,
HAMPA DAN RESAH,PERASAAN
RENDAH DIRI MEMBELENGGU
LELAKI YANG MENGALAMI MASALAH
PANCUTAN MANI AWAL ATAU
EJAKULASI AWAL. EJAKULASI AWAL
IALAH SEJENIS MASALAH SEKS
UMUM DI KALANGAN LELAKI YANG
MASIH KURANG DIFAHAMI.

Ejakulasi awal kini didapati mungkin menjadi punca masalah dalam beribu-ribu perkahwinan dan hubungan intim antara pasangan di seluruh dunia. ia sekali gus menekankan betapa perlunya lelaki yang dihantui ejakulasi awal untuk mendapatkan nasihat perubatan dan merawat masalah tersebut.
   Kaum lelaki secara umumnya keberatan untuk membincang kan secara terbuka, mendapatkan nasihat atau rawatan profesional berkaitan dengan kegagalan seks kerana ia mungkin amat memalukan mereka.
   Ejakulasi awal merujuk kepada disfungsi seks umum yang mungkin dialami sejak hubungan seks pertama atau kemudian.Ia juga ditakrifkan sebagai disfungsi seks lelaki yang mempunyai ciri-ciri iaitu ejakulasi yang sentiasa atau hampir sentiasa berlaku sebelum atau dalam masa kira-kira satu minit selepas persetubuhan
   Selain itu, kegagalan menangguh kan ejakulasi setiap kali atau hampir setiap kali bersetubuh juga menyebabkan kesan peribadi yang negatif termasuk kegelisahan, gangguan, keresahan atau keputusan untuk mengelakkan hubungan seks.
   Selain tahap kesedaran yang rendah, didapati ramai lelaki mempunyai tahap kefahaman yang rendah tentang ejakulasi awal ini. Ramai berpendapat ejakulasi awal dan disfungsi erektil adalah lebih kurang sama. Malah ada yang beranggapan salah bahawa ejakulasi awal boleh  dirawat  dengan menggunakan ubat bagi disfungsi erektil.
   Kombinasi faktor fisiologi dan psikologi dipercayai mempengaruhi mekanisme ejakulasi. Penyelidikan mendapati bahawa serotonin, sejenis neurotransmiter (seperti penghantar isyarat kimia dalam otak) yang juga membantu mengawal tidur dan selera, menyederhanakan mood dan mengurangkan kesakitan, memainkan peranan penting menentukan masa ejakulasi.
   Matlamat utama bagi terapi ejakulasi awal, tidak kira sama ada berbentuk farmakologi atau tingkah laku ialah untuk meningkatkan kawalan terhadap ejakulasi. Ia mungkin menghasilkan tahap kepuasan seks yang lebih tinggi bagi lelaki dan pasangannya atau mengurangkan keresahan peribadi atau masalah keintiman yang timbul.

MASALAH HARGA DIRI
 Rawatan yang betul boleh menamatkan kekecewaan yang dialami penghidap ejakulasi awal dan juga pasangan seks mereka. Malangnya, situasi bertambah buruk kerana doktor dan pesakit tidak membingcangkan pekara berhubung seks seperti yang sepatutnya kerana rasa malu atau kerana tanggapan buruk yang dikaitkan dengannya.
Antara rawatan yang disarankan adalah komunikasi antara pasangan, pendidikan psikoseksual, strategi pemikiran dan perbuatan. Ini termasuk beberapa teknik seperti 'stop start' iaitu berhenti, kemudian mula.Selain itu, 'squeeze' iaitu tahan pancutan dengan memegang atau memicit dan 'stop-pause' iaitu berhenti dan tunggu.
   Kaum lelaki perlu sedar bahawa ejakulasi awal adalah masalah perubahan yang boleh menjejaskan hubungan intim dan kualiti kehidupan. Ini bukan sahaja suatu masalah yang menyentuh soal harga diri atau kejantanan tetapi juga memberi kesan besar terhadap kepuasan wanita dan juga hubungan secara keseluruhannya.
   Lelaki tidak harus terus menderita dalam diam hanya kerana bimbang dipandang serong atau rasa malu. Mereka perlu sedar  bahawa untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan, mereka tidak seharusnya membiarkan masalah yang boleh dirawat menjejaskan keupayaan mereka menikmati hubungan seks yang memuaskan dengan pasangan mereka.

LELAKI CENDERUNG ALAMI GANGGUAN MENTAL

TRAGEDI HITAM YANG MELIBATKAN
KEHILANGAN NYAWA,AMUK
DAN PERBUATAN MEMBUNUH
DIRI MENJADI BERITA HANGAT
KEBELAKANGAN INI.IA AKIBAT
DARIPADA GANGGUAN MENTAL
YANG SERING KALI DIANGGAP
SUATU PERKARA YANG
MEREMEHKAN.HAKIKATNYA,KIRA-
KIRA 450 JUTA ORANG DI SELURUH
DUNIA MENGALAMI PENYAKIT INI.

 WHO menganggarkan bahawa menjelang 2020, penyakit mental tertentu seperti kemurungan, skizofrenia dan gangguan bipolar yang kemungkinan mewakili 15 peratus daripada penyakit global. Walaupun ramai beranggapan gangguan mental sering kali melibatkan kaum wanita yang begitu rapat dengan permainan emosi, namun melalui kajian mendapati golongan lelaki lebih terdedah berhadapan dengan gangguan mental.
    Kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang banyak berlaku tetapi kurang didiagnosis sehinggalah pesakit menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi. Hampir kesemua pesakit yang murung mengalami episod mood yang rendah dan hilang aktiviti yang digemarinya sebelum ini.
  Pesakit yang dilanda kemurungan sering mengalami kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian dan mukim juga menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga dan rakan serta cubaan membunuh diri. Kesemua faktor itu juga boleh menjurus kepada satu perlakuan yang ganas termasuk membunuh.
   Seseorang yang berada dalam keadaan di luar sedar mampu melakukan perbuatan yang pelik, luar biasa, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Mereka yang melakukan (perbuatan kejam) adalah mereka yang telah lama mengalami gangguan jiwa. Biasanya, individu terbabit sudah sampai ke peringkat teruk atau psikotik sehingga kerap mengalami halusinasi.
   Apabila seseorang mengalami halusinasi, mereka seolah-olah mendengar suara-suara tertentu yang sebenarnya tidak wujud dan menyuruh mereka melakukan sesuatu yang kadangkala tidak masuk akal. Ini termasuklah suara yang menyuruh individu terbabit membunuh diri atau mencederakan atau membunuh individu  tertentu yang dianggap mengancam keselamatan mereka.
   Dalam hal ini, individu terdekat seperti ahli keluarga sama ada ibu, bapa, adik-beradik, sepupu, datuk, nenek atau saudara mara kerap menjadi mangsa. Suara-suara 'ghaib' itu muncul daripada kepercayaan kepercayaan salah terhadap sesuatu pekara. Misalnya, pelaku mempercayai  ada orang mahu membunuhnya dan kepercayaan itu mendorongnya membunuh individu tersebut sebelum dirinya menjadi mangsa.
   Selain itu, mereka yang mengalami gangguan mental kerap merawat diri sendiri dengan mengambil dadah-dadah tertentu dan ia menjadikan gangguan yang dialami bertambah teruk. Penggunaan dadah akan menyebabkan mereka kerap membayangkan benda-benda pelik dan keadaan itu lebih mendorong mereka bertindak di luar kebiasaan.

Tekanan jadi punca 
  Terdapat dua faktor yang menyebabkan tekanan iaitu dalaman dan luaran. Faktor dalaman menyaksikan emosi seseorang tidak kuat. Lebih memburukkan keadaan jika sejarah keluarga menunjukkan ada di kalangan mereka pernah mengalami gangguan mental
   Faktor luaran pula melibatkan seseorang kerap memikirkan pekara yang sama berulang kali. Sehinggakan bangun tidur pada waktu pagi pun dia boleh teringatkan pekara itu. Malah , ada yang terbawa-bawa ke dalam mimpi. Keadaan itu jika tidak dirawat boleh membawa kepada kemurungan dan kesan daripada itu, mereka boleh berhalusinasi sehingga bertindak di luar kebiasaan.
   Sebagai langkah untuk merawat penyakit ini, pesakit itu sendiri harus mengambil langkah utama bagi mengelakkan gangguan tersebut berlaku. Bagaimanapun, kurangnya pendidikan mengenai aspek gangguan mental menjadikan mereka ini enggan mengakui. Ini berpunca daripada stigma sosial dalam komuniti terhadap masalah berkenaan. Ramai yang tidak mahu mendapatkan bantuan profesional kerana beranggapan mereka akan dicemuh sebagai 'gila' ataupun akan didiskriminasikan jika didiagnosis dengan gangguan mental.
    Faktor persekitaran dan perspektif budaya yang negatif terhadap ganggun mental telah menghalan ramai pesakit mendapat bantuan yang sewajarnya. Justeru, stigma dan prejudis masyarakat terhadap penyakit mental perlu dihapuskan bagi menggalakan lebih ramai pesakit menemui pakar untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan yang membolehkan gangguan mental ini dirawat.